Home » Langit Terbuka » Hampir 10,000 jemaah Malaysia di tanah suci

Hampir 10,000 jemaah Malaysia di tanah suci

Selepas 17 Julai, semua penerbangan jemaah haji Malaysia akan terus ke Jeddah sebelum dibawa ke Makkah. - Foto Utusan Malaysia

MEKAH – Sebanyak 9,363 atau 31 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah Malaysia telah tiba di tanah suci Madinah dan Mekah bagi menunaikan ibadat haji tahun ini.

Selepas penerbangan pertama KT1 tiba di Madinah pada 4 Julai lepas, setiap hari dua penerbangan membawa jemaah haji bertolak dari Malaysia menggunakan pesawat Malaysia Airlines dan Flynas Arab Saudi.

Menurut Tabung Haji, sehingga 1 pagi hari ini, sebanyak 22 penerbangan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 20 daripadanya telah tiba di Madinah.

“Daripada keseluruhan 9,363 jemaah, 4,653 daripadanya telah tiba di Mekah dan bakinya di Madinah,” kata kenyataan akhbar agensi itu di sini, hari ini (14 Julai).

Penerbangan terakhir membawa jemaah ke Madinah pada 17 Julai ini dengan penerbangan dari KLIA selepas itu akan terus ke Jeddah dan jemaah akan dibawa terus ke Mekah.

Di Mekah, jemaah akan tinggal di 13 bangunan atau hotel yang mempunyai sembilan maktab dan dibahagikan kepada empat zon.

Setiap maktab menempatkan 3,270 jemaah dan jarak antara maktab-maktab dengan Masjidilharam adalah antara 600 dan 900 meter. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *