Home » Langit Terbuka » Haram guna straw 1 Januari

Haram guna straw 1 Januari

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan straw palstik tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan

PUTRAJAYA – Bermula 1 Januari tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenar menggunakan straw plastik.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan straw palstik tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.

“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara.

“Larangan terhadap straw plastik adalah sebagai tambahan kepada larangan beg plastik dan polysterin yang bermula September tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, perintah itu tercatat jelas dalam lesen perniagaan dan ianya bukan menjadi alasan kepada pemilik perniagaan untuk tidak mematuhinya.

Beliau berharap semua pusat perniagaan akan bekerjasama dan mematuhi keperluan itu demi persekitaran yang lebih baik. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *