Home » Citra Yadim » Program Bicara Madani di ILP Kuala Terengganu

Program Bicara Madani di ILP Kuala Terengganu

MENERUSKAN Inisiatif dakwah menerusi pendidikan, YADIM Terengganu pada 2 Februari menganjurkan program Bicara Madani dengan tajuk “Perjalanan Israk dan Mikraj; Ibrah Untuk Anak Muda”.
Bertempat di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, ia dihadiri lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar, pensyarah dan kakitangan institut berkenaan.
Program anjuran bersama ILP Kuala Terengganu ini menampilkan pensyarah Universiti Malaysia Terengganu dan Zamalah YADIM, Prof. Madya Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir sebagai penceramah.
Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi Saiadin dan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan ILP Kuala Terengganu, Ts Salmi Mat Salleh hadir sama ke program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *