Home » Langit Terbuka » Hukuman sebat beri gambaran buruk terhadap Islam

Hukuman sebat beri gambaran buruk terhadap Islam

Perdana Menteri berkata, hukuman sebat terhadap dua wanita di Terengganu tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa dalam Islam

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan berpendirian bahawa hukuman sebat ke atas dua wanita di khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Terengganu baru-baru ini memberi gambaran yang buruk terhadap Islam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hukuman itu juga tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa dalam Islam.

“Kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

“Sebab itu kami berpendapat bahawa kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya,” katanya seperti dipetik daripada klip video yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Isnin lalu, dua wanita dikenakan hukuman sebat setelah mereka mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan sejenis.

Pesalah pertama yang berusia 32 tahun disebat kira-kira pukul 10.11 pagi manakala pesalah kedua pada pukul 10.16 pagi.

Masing-masing dikenakan enam sebatan selain denda RM3,000.- Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *