Home » Citra Yadim » IKM Johor Bahru tubuh pasukan Sukarelawan Al-Falah

IKM Johor Bahru tubuh pasukan Sukarelawan Al-Falah

JOHOR BAHRU 11 Nov. – Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru menjadi IKM pertama di Malaysia yang menubuhkan pasukan Sukarelawan Al-Falah dengan penubuhan pasukan itu pada 10 November lepas.
Majlis penubuhan pasukan berkenaan dilancarkan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Besar IKM Johor Bahru.
Yang turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengarah IKM Johor Bahru, Khalil Mohamad serta 800 pelajar institusi berkenaan.
Pasukan Sukarelawan Al-Falah telah ditubuhkan sejak tahun 2000 dan dirasmikan pada 2005 oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara objektif penubuhan pasukan ini adalah untuk membolehkan penduduk setempat mengatur pelbagai program setempat yang mendatangkan manfaat kepada sesebuah komuniti itu dan sekaligus mengatasi masalah-masalah seperti gejala sosial di kalangan remaja.
Sejak ditubuhkan pasukan ini juga telah memberikan tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan sepeti membantu penduduk yang terlibat dalam bencana alam, menyalurkan bantuan kepada penduduk miskin, mengadakan program keagamaan di peringkat akar umbi dan program-program melibatkan golongan remaja.
Pasukan Sukarelawan Al-Falah juga ditubuhkan di kolej-kolej, sekolah dan hospital, selain daripada kampung-kampung dan kawasan perumahan.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *