Home » Langit Terbuka » Imran Khan kagum toleransi, keharmonian sesama agama di Malaysia

Imran Khan kagum toleransi, keharmonian sesama agama di Malaysia

Perdana Menteri Pakistan pada sesi dialog bertajuk ‘Visi Keselamatan dan Keamanan Serantau’ di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa. - Foto TheStar

PETALING JAYA – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menyatakan rasa kagum dengan transformasi pembaharuan yang membabitkan rakyat berbilang kaun dan agama di Malaysia.

Kata Imran, transformasi yang dibawa Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengubah takdir dan gaya hidup rakyat di negara yang  hidup dalam suasana aman dan harmoni serta bertolak ansur.

“Mahathir adalah contoh pemimpin yang dianggap telah mengubah kehidupan rakyatnya di Malaysia dan kita dapat lihat sendiri hari ini betapa hebat beliau berjaya membawa transformasi terhadap negara dan rakyat di sini.

“Saya kagum dengan cara negara ini dibangunkan dengan begitu teratur dan tersusun sehingga menjadi satu masyarakat bertamadun menjadi contoh kepada dunia hari ini yang perlu dicontohi,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sesi dialog bertajuk ‘Visi Keselamatan dan Keamanan Serantau’ di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa pada 4 Februari.

Imran berkata, keharmonian yang dibentuk Dr. Mahathir adalah contoh terbaik untuk masyarakat bertamadun.

“KIta ingin pandang semula ke arah sejarah zaman emas Islam yang mana ada pelbagai agama berbeza hidup bersama dengan menerima konsep bertolak ansur sesama mereka.

“Agama adalah sesuatu yang melibatkan hati dengan pemikiran dan di Malaysia kita jelas menyaksikan sendiri sikap toleransi sesama rakyat yang hidup di negara ini sesuatu yang saya kagum sehingga hari ini dan harus dicontohi semua,” katanya. -MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *