Home » Langit Terbuka » Institusi tahfiz, pembangunan Pendidikan Islam, tumpuan Persidangan JPPIK dan MKI di Kuching

Institusi tahfiz, pembangunan Pendidikan Islam, tumpuan Persidangan JPPIK dan MKI di Kuching

Datuk Misnu Taha menyampaikan cenderamata kepada Tan Sri Dato Alimuddin Mohd Dom. Foto TVS

KUCHING, 24 April: Institusi tahfiz dan kurikulum Pendidikan Islam antara isu tumpuan Persidangan Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) dan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) di Kuching yang bermula hari ini.

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha, persidangan ke-60 itu telah diadakan kali kedua di negeri ini menyaksikan lebih 75 wakil dan urusetia dari Majlis Agama Islam seluruh Malaysia.

Selain tahfiz dan Pendidikan Islam, kata Misnu beberapa aspek Pendidikan Islam lain akan turut disentuh didalam persidangan tersebut.

“Hari ini (Khamis) kita akan fokus tentang pembangunan Pendidikan (Islam) khususnya dalam KAFA, Kelas Fardhu Ain dan hal-hal lain.

“Insya-Allah hari ini (juga) kita akan teliti dan bincangkan perkara berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam bagi menyambut kehadiran lebih 75 rombongan wakil dan urusetia dari Majlis Agama Islam seluruh Malaysia yang hadir untuk mengikuti persidangan tersebut pada Rabu.

Hadir sama Pengerusi JPPIK Tan Sri Dato Alimuddin Mohd Dom, Ketua Pengarah JAKIM Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang Dato Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Mufti Negeri Johor Dato Yahya Ahmad.

Difahamkan persidangan itu bakal membentangkan tiga kertas cadangan dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, Persatuan Pertubuhan Tahfiz Malaysia dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pada masa sama, Forum Perdana Ehwal Islam yang akan disiarkan secara langsung dari Masjid Jamek, Kuching, malam ini serta diteruskan dengan lawatan ke Mahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub, Kuching, pada Jumaat-TVS

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *