Home » Langit Terbuka » Insya-Allah, lakukan tugas dengan baik – Idris

Insya-Allah, lakukan tugas dengan baik – Idris

Senator Idris Ahmad memaklumkan, beliau akan meneruskan usaha dan kecemerlangan dilakukan Dr Zulkifli sebelum ini. - Foto FB

Ipoh: “Saya tidak menjangkakan jawatan ini diberikan kepada saya. Insya-Allah, akan melakukan tugas dengan baik,” kata Senator Idris Ahmad.

 

Idris, 58, dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 27 Ogos.

 

Idris berkata, dia akan berusaha melaksanakan tugas dengan baik atas kepercayaan diberikan.

 

Menurutnya, dia juga akan meneruskan usaha dan kecemerlangan dilakukan Dr Zulkifli sebelum ini.

 

“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik dan akan memberi kerjasama (kepada semua pihak) serta akan jumpa (semua) agensi di bawah kementerian (apabila memulakan tugas nanti).

 

“Mohon doakan saya dapat melakukan tugas dengan (penuh) integriti dan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi. – Harian Metro

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *