Home » Citra Yadim » IRSYAD 360° YADIM Peringkat Negeri Melaka: Masih Ada Yang Sayang

IRSYAD 360° YADIM Peringkat Negeri Melaka: Masih Ada Yang Sayang

AYER KEROH – Siapa lagi yang lebih ceria menjelang tibanya Aidilfitri kalau bukan kanak kanak. Keterujaan menyambut perayaan ini semakin terasa menjelang hari hari terakhir Ramadan kini.

Mengambil tanggungjawab memberi senyuman di wajah mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka, berganding bahu dengan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Gedung Pakaian Hari Hari dan Syarikat Mamee Melaka menganjurkan program Masih Ada Yang Sayang di sini pada 8 Mei.

Seramai 50 anak yatim dan miskin di negeri ini disantuni menerusi pemberian baucer Hari Hari bernilai RM100, duit raya dan barangan lain.

Mewakili badan dakwah ini ialah Pengarah YADIM Melaka, Muzaffar Abd Rahim. Hadir sama ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Datuk Shahdan Haji Osman dan Pengarah SPRM Melaka Awang Ahmad Taufik Putra Awang Ismail

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *