Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, sambutan baik itu membuktikan industri halal mencatat momentum peningkatan di peringkat antarabangsa.

Katanya, penganjuran tersebut membuka peluang kepada semua pihak mengukuhkan hubungan dan rangkaian perniagaan antara agensi kerajaan serta pemain industri.

“Kelebihan ini boleh digunakan untuk mengukuhkan lagi pertumbuhan baik ekonomi masyarakat Islam di seluruh dunia.

“Saya berharap acara ini akan diteruskan pada masa hadapan dan menjadi acara tahunan negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Persidangan Halal Global 2019 (GHaS’19). – Utusan Malaysia