Home » Langit Terbuka » Isu sentuh sensitiviti agama dibimbangi

Isu sentuh sensitiviti agama dibimbangi

Pemangku Raja Pahang bertitah, jika berterusan (isu menyentuh sensitiviti Islam) berlaku, perkara berkenaan dibimbangi menggugat keharmonian agama di negara ini

KUANTAN – Isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama termasuk Islam kian membimbangkan dan boleh menggugat keharmonian yang dikecapi ketika ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, jika berterusan berlaku, perkara berkenaan dibimbangi menggugat keharmonian agama di negara ini.

“Islam mendidik umatnya supaya mengamalkan konsep saling bekerjasama, saling mempercayai dan saling bertoleransi antara satu sama lain.

“Saya menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini supaya mengamalkan tiga konsep ini dalam warna warni kehidupan kita di negara ini,” titah baginda ketika menyempurnakan Konvensyen Fatwa Peringkat Negeri Pahang di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Konvensyen itu merupakan anjuran Pejabat Mufti negeri. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *