Home » Langit Terbuka » Cukai golongan kaya hanya cetus kejutan

Cukai golongan kaya hanya cetus kejutan

Menteri Kewangan berkata, penetapan cukai untuk golongan kaya itu dikhuatiri mencetuskan kejutan terhadap pasaran modal dan kedudukan kewangan negara - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR -Pelaksanaan cukai kekayaan, warisan dan keuntungan modal yang menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan tinggi 20 peratus (T20) bakal mengundang pelbagai kesan negatif.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata penetapan cukai untuk golongan kaya itu dikhuatiri mencetuskan kejutan terhadap pasaran modal dan kedudukan kewangan negara.

Katanya, pendirian itu dikemukakan Jawatankuasa Reformasi Cukai yang ditubuhkan pada 14 September lalu, selepas mendapat maklum balas beberapa pihak seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Kewangan.

“Wujud kebimbangan pulangan akan diterima kerajaan tidak seimbang susulan kesan negatif terhadap pasaran modal dan kedudukan kewangan negara (jika cukai seperti itu dilaksanakan), sekali gus mencetuskan kejutan.

“Oleh itu, banyak tentangan daripada BNM dan Suruhanjaya Sekuriti jika keuntungan modal untuk pasaran saham dan kekayaan dikenakan cukai di negara ini.

“Ia juga dikhuatiri mengundang kesan aliran keluar pasaran modal yang lebih besar,” katanya menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH PKR-Pasir Gudang) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Hassan membangkitkan mengapa kerajaan seakan ‘liat’ dan takut untuk mengenakan cukai terhadap golongan yang disifatkan ‘ultra kaya’ di Malaysia seperti dituntut pelbagai pihak untuk dibentangkan dalam Belanjawan 2019, 2 November lalu.

Guan Eng berkata, faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam sistem percukaian ialah kemampuan daya saing Malaysia berbanding negara jiran di rantau ini.

“(Negara) jiran kita tiada cukai keuntungan modal untuk saham, justeru kita jangan terlalu ghairah dan kejutkan sistem (pasaran modal dan kedudukan kewangan) secara keseluruhan.

“Itu sebabnya usaha pemulihan defisit fiskal juga kita tetapkan untuk mengambil masa selama tiga tahun, bukan serta-merta kerana dikhuatiri akan mengejutkan sistem.

“Kalau sistem dalam keadaan kejutan, ia akan menjejaskan pemulihan kewangan dan fiskal negara, justeru marilah kita berusaha supaya Malaysia bebas daripada kleptokrasi serta menjadi negara demokrasi,” katanya. – Berita Harian

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *