Home » Langit Terbuka » Jakess buka semula khidmat pemfailan dan pendengaran kes

Jakess buka semula khidmat pemfailan dan pendengaran kes

Perincian SOP dan garis panduan operasi Jakess sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan boleh dirujuk di laman sesawang www.jakess.gov.my. - Foto Jakess

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) hari ini (10 Jun) membuka semula khidmat pemfailan dan pendengaran kes dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Menerusi kenyataan Jakess memaklumkan, penjadualan semula prosiding akan dibuat bagi kes yang sudah didaftarkan sebelum ini dengan memastikan penjarakan sosial kekal diamalkan di mahkamah.

Orang ramai juga boleh menyemak status melalui laman web https://bit.ly/3aSJjj7 atau portal E-Syariah https://www.esyariah.gov.my.

“Untuk kes tiada dalam senarai semakan, pelanggan akan dimaklumkan mengenai tarikh penangguhan baharu melalui notis tangguhan secara bertulis atau khidmat pesanan ringkas,” demikian menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, perkhidmatan membaca wakalah bagi lantikan peguam Syarie dan ikrar afidavit untuk kes diwakili peguam boleh dibuat melalui sidang video.

Bagaimanapun, prosiding perbicaraan dan Majlis Sulh boleh dibuat tetapi atas permohonan dan persetujuan bertulis daripada plaintif atau pemohon serta defendan atau responden bagi kes tersebut.

Katanya lagi, perkhidmatan perundingan cara boleh dibuat secara dalam talian melalui panggilan telefon tanpa perlu hadir ke mahkamah.

Perincian SOP dan garis panduan operasi Jakess sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan boleh dirujuk di laman sesawang https://www.jakess.gov.my, katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *