Home » Langit Terbuka » Jakim nafi beri pengiktirafan Majlis Ulama Rohingya

Jakim nafi beri pengiktirafan Majlis Ulama Rohingya

Kuasa mengiktiraf badan bukan kerajaan terletak di bawah ROS, justeru pengiktirafan Jakim dalam isu Majlis Ulama Rohingya adalah tidak benar. - Foto KKMM

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan atau kelulusan terhadap Majlis Ulama Rohingya.

Menerusi kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 27 April, Jakim berkata kuasa mengiktiraf atau melulus NGO terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Berikutan pertanyaan awam terhadap surat tular daripada Majlis Ulama Rohingya yang tertera nombor rujukan fail Jakim pada kepala surat tersebut. Jakim dengan ini menafikan terlibat dalam memberi sebarang pengiktirafan terhadap pertubuhan tersebut.

“Malah pihak kami sama sekali tidak terlibat dalam kelulusan pendaftaran NGO kerana kuasa tersebut terletak di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) seperti termaktub dalam Akta Pertubuhan 1966,” katanya. – Astro Awani

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *