Home » Citra Yadim » 30 keluarga di Padang Serai terima manfaat Musa’adah Covid-19

30 keluarga di Padang Serai terima manfaat Musa’adah Covid-19

PADANG TOK DIK – Selepas Kulim, program Musa’adah Covid-19 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah diadakan pula di Parlimen Padang Serai pada 27 April.

Bermula di Masjid Abdul Halim Muadzam Shah di sini, sebanyak 30 set sumbangan diagihkan kepada golongan asnaf, muallaf dan warga emas yang uzur di daerah ini. Sumbangan yang diberikan merupakan beras dan lain lain barangan keperluan harian.

Selesai majlis sumbangan di masjid, kakitangan YADIM dan wakil masjid bergerak menyantuni penerima yang dikenal pasti di kediaman mereka pula.

Mewakili YADIM ialah Pengarah YADIM Kedah, Hafsah Husain dan Azmi Mohammad. Pihak masjid pula diwakili imam, Sulaiman Ismail.

Hadir sama dalam program hari ini ialah wakil Persatuan Cina Muslim Kulim, Siti Zubaidah Chua dan Firdaus Choo.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *