Home » Langit Terbuka » JAKIM rangka kaedah baharu ganti UPKK

JAKIM rangka kaedah baharu ganti UPKK

JAKIM sebelum ini memutuskan membatalkan pelaksanaan UPKK bagi subjek bertulis yang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober hingga 1 Oktober ini akibat penularan Covid-19. - Foto Persatuan Guru SAR KAFA Kuantan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang merangka kaedah baharu bagi menggantikan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) subjek bertulis yang dibatalkan akibat penularan COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary, berkata kaedah baharu yang akan dilaksanakan nanti mestilah sesuai dalam situasi negara yang masih lagi belum bebas sepenuhnya daripada wabak COVID-19.

“Kami sedang merangka kaedah yang paling sesuai bagi penilaian murid terbabit dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Permatang Pauh) sama ada kerajaan melakukan perbincangan dengan pemegang taruh bagi menggantikan UPKK yang dibatalkan.

JAKIM sebelum ini memutuskan membatalkan pelaksanaan UPKK bagi subjek bertulis yang dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober hingga 1 Oktober ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (AMANAH-Parit Buntar) mengenai perkembangan Majlis Tahfiz Negara (MTN), Ahmad Marzuk menjelaskan, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan MTN sedang giat dibangunkan.

“(Ia) termasuk terma dan rujukan MTN, SOP penarafan hufaz, penarafan institusi tahfiz peringkat rendah dan tinggi dan menaik taraf aspek pensijilan tahfiz.

“Pelancaran SOP itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Menjawab soalan asal Mujahid mengenai peruntukan kepada sekolah agama, tahfiz dan pondok, Ahmad Marzuk berkata, pada tahun 2017, peruntukan khas yang disalurkan adalah sebanyak RM80 juta membabitkan institusi sekolah pondok (RM50 juta) dan tahfiz (RM30 juta).

“Pada tahun 2018, sebanyak RM75 juta diperuntukkan (pondok, RM50 juta) dan tahfiz (RM25 juta). Bagi tahun 2019, sebanyak RM100 juta diperuntukkan iaitu RM25 juta sekolah pondok, RM50 juta kepada sekolah tahfiz dan RM25 juta sekolah agama.

“Berdasarkan Belanjawan 2020, peruntukan khas yang diluluskan adalah sebanyak RM100 juta iaitu RM25 juta kepada sekolah pondok, sekolah tahfiz (RM50 juta) dan sekolah agama (RM25 juta),” katanya. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *