Home » Langit Terbuka » JAKIM TUBUH PUSAT PENYELIDIKAN HADIS, PUSAT MAKLUMAT PENYELIDIKAN ISLAM

JAKIM TUBUH PUSAT PENYELIDIKAN HADIS, PUSAT MAKLUMAT PENYELIDIKAN ISLAM

Idris (kiri) berkata, bagi memperkasa kajian dan penyelidikan hadis, JAKIM melalui Bahagian Penyelidikan telah mengambil langkah awal menubuhkan Pusat Penyelidikan Hadis. - Foto Arkib

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad melancarkan Pusat Maklumat Penyelidikan Islam di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini.

Ia merupakan pusat sehenti secara maya bagi berkongsi hasil-hasil kajian JAKIM kepada masyarakat yang boleh dilayari menerusi laman sesawang https://ciri.islam.gov.my/

“Selain itu, untuk memperkasa kajian dan penyelidikan hadis, JAKIM melalui Bahagian Penyelidikan telah mengambil langkah awal menubuhkan Pusat Penyelidikan Hadis.

“Ia bagi menyelaras kajian dan rujukan hadis kepada masyarakat. Pemerkasaan pusat ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Idris berkata demikian selepas menghadiri Konvesyen Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Ujarnya, konvesyen tersebut merupakan salah satu platform perkongsian kepakaran kepada jabatan serta agensi kerajaan dalam memperkasakan dasar serta hala tuju pentadbiran negara.

“Didoakan semoga konvensyen yang buat pertama kali diadakan ini dapat memberikan manfaat kepada agensi Islam dan pentadbitan negara terutama dalam bidang penyelidikan Islam. Kita mesti meneruskan usaha ini,” katanya.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *