Home » Citra Yadim » Jamuan Muhibbah Tahun Baru Cina

Jamuan Muhibbah Tahun Baru Cina

SUBANG JAYA –  Persatuan Cina Muslim  Malaysia (MACMA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan program Jamuan Muhibbah Tahun Baru Cina pada 24 Februari ini.

Selaku penyelaras badan bukan kerajaan Islam di negara ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah dijemput untuk turut serta dalam majlis ini.

Majlis yang turut dianjurkan bersama oleh Restoran Mohd Chan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Yayasan Taqwa dan Hidayah Resource Centre itu, akan diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chee Wen di sini, bermula jam 10 pagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Mujahid Yusuf serta Presiden MACMA, Profesor. Dr. Taufiq Yap Yun Hin dijadualkan hadir.

Sebagai meraikan kepelbagaian masyarakat dan menggambarkan indahnya Islam, majlis akan dimulakan dengan bacaan doa dalam tiga bahasa, sebelum diteruskan dengan ucapan aluan oleh Dr Taufiq dan ucapan perasmian Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Seterusnya, hadirin dihiburkan dengan persembahan gendang, Tarian Singa serta turut diselitkan penyerahan cenderahati dan pertandingan kuiz mudah.

Yee Sang untuk majlis ini ditaja oleh syarikat makanan Muslim terkenal, Restoran Mohd Chan.

 

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *