Home » Langit Terbuka » Jangan berpecah walaupun berbeza ideologi – Sultan Johor

Jangan berpecah walaupun berbeza ideologi – Sultan Johor

SULTAN Ibrahim Iskandar, beramah mesra bersama pengunjung yang hadir ketika majlis perasmian Program Minggu Permotoran Malaysia 2018 (MBW2018) di MAEPS, Serdang. - Foto : Berita Harian

SERDANG: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mengingatkan rakyat supaya tidak berpecah belah walaupun berbeza pendapat dan ideologi politik, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Baginda bertitah, masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak sepatutnya membandingkan perbezaan, sebaliknya mencari titik persamaan.

“Sebagai contoh, saya memperkenalkan gelaran bangsa Johor sebagai asas penyatuan bagi mereka yang lahir dan membesar di Johor.

“Persamaan itu membuatkan rakyat berasa selesa, menjalani kehidupan secara aman dan damai.

“Di negeri lain, ada persamaan lain. Di peringkat nasional, kita tetap bersatu di bawah satu negara sama, sebagai rakyat Malaysia,” titah baginda ketika merasmikan Jambori Minggu Permotoran Negara (MBW) 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO), Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Baginda bertitah, semua parti politik diharap tidak menyentuh isu sensitif seperti agama dan kaum menjelang PRU-14.

“Sekiranya berlaku, rakyat mendapat susah, kestabilan negara akan musnah. Semua pihak perlu bertanggungjawab. Kepentingan rakyat diutamakan, kesejahteraan rakyat dikekalkan,” titah baginda. – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *