Home » Langit Terbuka » Jangan Jadikan Laut Cina Selatan Medan Sengketa – Menteri Pertahanan

Jangan Jadikan Laut Cina Selatan Medan Sengketa – Menteri Pertahanan

Menteri Pertahanan Malaysia, Tuan Haji Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Malaysia meneruskan dasar negara berkecuali dan meminta Laut Cina Selatan tidak dijadikan medan konflik.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, sebarang konflik bersenjata perlu dielakkan sama sekali.

“Dasar berkecuali sejak sekian lama akan diteruskan, termasuk dasar-dasar kerajaan terdahulu,” katanya dalam wawancara khas beberapa wakil media di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Perkara itu ditekankan beliau semasa pertemuan dengan para menteri pertahanan serantau dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis  tempoh hari.

Menurut beliau, kerajaan bertukar tetapi memandangkan belum ada dasar khas, maka dasar sedia ada diteruskan termasuk kerjasama dengan negara ASEAN dan Amerika Syarikat. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *