Pelantikan AG: Harap Dapat Diselesaikan Dengan Kebijaksanaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mahu isu pelantikan Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas, menjadi krisis perlembagaan dengan Raja-Raja Melayu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan Istana Negara. “Saya dimaklumkan ada mesyuarat Majlis Raja-Raja dan itu mungkin boleh membantu dari […]

Perkasakan Jakim, Bukan Mansuh

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat ini bagi menolak sebarang keputusan kerajaan yang boleh membawa kepada pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pendirian itu dinyatakan Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid selain menegaskan fungsi Jakim seharusnya diperkasakan oleh kerajaan dan […]

Filipina Mahu Seragam Sekolah Islam, Elak Ideologi Radikal

SINGAPURA – Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana berkata semalam, pihak berkuasa negaranya akan menyeragamkan pengajaran di kedua-dua sekolah awam dan persendirian Islam susulan rampasan militan tahun lalu yang meningkatkan kebimbangan radikalisasi lebih besar. Lorenzana menerusi laporan laman berita Arab News berkata, Filipina akan melaksanakan satu ‘sistem madrasah berinstitusi’ dengan kurikulum seragam dan pengawasan lebih besar […]

Jangan Jadikan Laut Cina Selatan Medan Sengketa – Menteri Pertahanan

KUALA LUMPUR – Malaysia meneruskan dasar negara berkecuali dan meminta Laut Cina Selatan tidak dijadikan medan konflik. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, sebarang konflik bersenjata perlu dielakkan sama sekali. “Dasar berkecuali sejak sekian lama akan diteruskan, termasuk dasar-dasar kerajaan terdahulu,” katanya dalam wawancara khas beberapa wakil media di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Perkara […]

MOA Kenal Pasti Projek Bermasalah, Tertangguh

MUAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengenal pasti semua projek-projek yang menghadapi masalah serta tertangguh di bawah kelolaan agensi dan badan kementerian itu. Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan untuk menyemak status terkini projek terbabit dan menyerahkan laporan kepadanya selewat-lewatnya hujung minggu ini. “Antara agensi telah mula […]

Peguam Negara: Majlis Raja-Raja Mesyuarat Selasa

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja akan bermesyuarat di Istana Negara Selasa ini bagi membincangkan isu berkaitan pelantikan Peguam Negara. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, berkata Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan ini dan berasa wujud tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan itu. “Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 145 (1) memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong […]

Amaran Buat Kakitangan Kementerian Pendidikan

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangannya yang terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan melanggar undang-undang. Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata, perkara itu membabitkan integriti kakitangan itu sendiri. “Tiada siapa yang melebihi daripada undang-undang dan pentadbiran baharu akan memastikan tadbir urus yang baik. “Justeru, jika ada sesiapa yang mencuri peluang atau […]

KDN Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Undang-Undang Berkaitan Keselamatan Negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji undang-undang sedia ada terutamanya berkaitan keselamatan negara yang didakwa bertentangan dengan hak asasi manusia, kata Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan pada minggu lepas itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim. “Kita akan melihat dan […]