Home » Langit Terbuka » Kaabah cuma ditutup beberapa jam sehari kerana Covid-19

Kaabah cuma ditutup beberapa jam sehari kerana Covid-19

Haramain akan ditutup setelah solat Isya dan akan dibuka kembali sebelum waktu solat Subuh, jelas Presiden Pusat Komunikasi Islam Arab Saudi bagi kerja pembasmian Covid-19. - Foto Teller Report

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menutup sementara Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya sementara selepas waktu Isyak sehingga menjelang waktu Subuh.

Ia dilakukan bagi proses pembasmian kuman gara-gara Covid-19.

“Haramain akan ditutup setelah solat Isya dan akan dibuka kembali sebelum waktu solat Fajr (Subuh),” jelas Presiden Pusat Komunikasi Islam Arab Saudi, Faheem H. Alhamid kepada MalaysiaGazette semalam.

Faheem memberitahu, selama waktu penutupan tersebut tidak ada satu orang pun yang melaksanakan solat atau tawaf.

Kenyataan itu juga menjawab berita yang tular di media sosial seolah-olah Kaabah kosong gara-gara Covid-19 sedangkan kawasan itu hanya kosong hanya beberapa jam sahaja.

Sebelum itu, laporan Saudi Gazette berkata, Arab Saudi telah menangguhkan pelaksanaan ibadah umrah termasuk mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.

Ia bukan dikuatkuasakan kepada warga luar sahaja malah ia meliputi kepada penduduk tempatan.

Setakat ini, pemerintah Arab Saudi melaporkan tiga warga negaranya telah dijangkiti Covid-19. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *