Home » Langit Terbuka » ‘Kalau bukan dari ajaran Islam, jangan percaya’

‘Kalau bukan dari ajaran Islam, jangan percaya’

Foto Harian Metro

Kuala Lumpur: Umat Islam diminta untuk bertawassul dengan amalan untuk mendapat reda Allah SWT.

Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, sebagai orang Islam kita dilarang percaya kepada perkara yang bukan dari ajaran Islam.

“Kita kena percaya qada dan qadar, diminta untuk berusaha, berilmu supaya mendapat apa yang dijanjikan Allah iaitu kebahagiaan di dunia dan kekayaan di dunia.

“Kita dilarang mensyirikkan Allah dengan mempercayai perkara khurafat dan tahyul yang menyebabkan kita percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada amalan atau kepercayaan bulan tertentu, hari tertentu dan atau perkara lain.

“Semua ini bukan dari ajaran Islam. Saya nasihatkan kepada semua termasuk pihak yang terbabit untuk beristighfar dan taubat. Jangan sesekali melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada syirik dan maksiat kepada Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, tular beberapa video membabitkan individu yang didakwa mempercayai prinsip Feng Shui yang boleh memberi kekayaan serta mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertikaikan mereka yang solat sunat dua rakaat selepas subuh tetapi tidak kaya.

Mohd Izhar yang juga pendakwah bebas berkata, sebagai orang Islam yang mempunyai aqidah kita tidak boleh sama sekali menghina dan memburuk-burukkan orang lain atau usaha orang lain apabila kita mencapai tahap terbaik dalam hidup mahu pun perniagaan.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *