Home » Citra Yadim » Latihan, kesukarelawanan, kebajikan antara cadangan kerjasama YADIM – JPNIN

Latihan, kesukarelawanan, kebajikan antara cadangan kerjasama YADIM – JPNIN

PUTRAJAYA – YADIM hari ini (9 Februari) telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Bertujuan mengadakan perbincangan mengenai bentuk kerjasama yang boleh dijalin antara dua agensi ini, kunjungan YADIM disambut oleh Ketua Pengarah JPNIN, Dato’ Hajah Norison Ramli dan pegawai pegawai kanannya.

Dalam kunjungan ini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh mengambil kesempatan menerangkan fungsi dan peranan badan dakwah ini, khususnya dalam menyebarkan rahmah Islam untuk semua lapisan masyarakat.

Menerusi perbincangan dalam kunjungan ini, kedua agensi sepakat bekerjasama dalam bidang seperti latihan, kesukarelawanan, kebajikan dan pembangunan modal insan.

JPNIN umpamanya menawarkan YADIM untuk menyumbang kemahiran seperti sebagai mediator/orang tengah sekiranya timbul keperluan seperti yang melibatkan urusan antara agama.

YADIM menurut Dato’ Hajah Norison, juga boleh membantu dalam bidang pendidikan umpamanya sebagai tenaga pengajar Kelas Asas Fardhu Ain.

Sementara itu, sesuai dengan peranan JPNIN dalam bidang perpaduan, YADIM berhasrat menjemput mereka untuk turut serta dalam Konvensyen Perpaduan Badan Bukan Kerajaan Islam 2023 yang dijadual berlangsung pada Mac ini.

Badan dakwah ini juga menawarkan kemudahan Pusat Latihan Dakwah YADIM di Semungkis, Hulu Selangor untuk digunakan JPNIN.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *