Home » Langit Terbuka » Kasut, stoking hitam bermula 2021

Kasut, stoking hitam bermula 2021

Ketua Pengarah Pelajaran meminta sekolah sekolah untuk tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid-murid untuk memakai kasut berwarna hitam sebelum 2021 - Foto Remaja

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan memutuskan semua murid hendaklah memakai kasut dan stoking berwarna hitam bermula sesi persekolahan tahun 2021.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, Kementerian Pendidikan juga bersetuju bahawa pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula pada sesi persekolahan tahun 2019 dan diperluaskan pada tahun 2020.

“Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut dan stoking berwarna putih.

“Justeru, pihak sekolah diminta untuk tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid-murid untuk memakai kasut berwarna hitam dalam tempoh transisi ini,” katanya menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bilangan 10 Tahun 2018 yang bertarikh 30 November.

Menurut surat pekeliling itu juga, kasut hitam bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah hendaklah diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik lain seperti ‘nylon’ dan ‘polyster’. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *