Home » Citra Yadim » KASYFI Sarawak eratkan ukhwah Sahabat YADIM

KASYFI Sarawak eratkan ukhwah Sahabat YADIM

KUCHING – Kembara Sahabat YADIM Aidifitri (KASYFI 2018) peringkat Negeri Sarawak telah berjaya diadakan pada 23 dan 24 Jun 2018 lalu, melibatkan 15 ahli-ahli Sahabat YADIM dari negeri berkenaan.

Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Zamani Mohd Karulani berkata, KASYFI yang telah diadakan sejak tiga tahun Lepas sememangnya menjadi program penyatu dan menyantuni ahli-ahli Sahabat YADIM di seluruh negara.

“Tahniah diucapkan kepada barisan penganjur dan Jawatankuasa KASYFI Sarawak yang berjaya melaksanakan program pada tahun ini.

“Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana bukan mudah untuk mengumpulkan ahli-ahli Sahabat YADIM dari negeri Sarawak yang bukan sahaja sebuah negeri yang luas tetapi juga destinasi lawatan yang agak jauh,’’ katanya.

Beliau berkata, Majlis Pimpinan Sahabat Yadim Negeri Sarawak telah berjaya melaksanakan program KASYFI yang diadakan pada 23-24 Jun 2018 iaitu Lundu dan Kuching (hari pertama) dan Samarahan dan Kuching (hari kedua)”.

“Tahniah dan syabas diucapkan kepada urusetia KASYFI Sahabat Yadim Sarawak dan peserta konvoi seramai 15 orang yang sanggup meluangkan masa waktu raya mereka demi merapatkan saf ukhuwah bersama anak negeri Sarawak.

“Semoga ukhuwah yang dibina memperkukuhkan lagi jurang di antara kita dalam menggerakkan kerja dakwah” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *