Home » Langit Terbuka » KDN Arah Batal PLKS Diluluskan Menteri Terdahulu

KDN Arah Batal PLKS Diluluskan Menteri Terdahulu

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik serta merta kelulusan melanjutkan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk tahun kedua dan tahun seterusnya yang diluluskan kerajaan terdahulu.

Berdasarkan pekeliling daripada Pengarah Pekerja Asing Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Khar Yahya, kepada semua Pengarah Imigresen negeri hari ini, keputusan itu dibuat ketika taklimat mengenai imigresen dan pekerja asing yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 7 Jun lalu.

“Pada mesyuarat itu, keputusan dibuat supaya kelulusan lanjutan tahun kedua dan ke atas oleh Menteri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri terdahulu dibatalkan.

“Sehubungan itu, anda (Jabatan Imigresen) perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak berkenaan termasuk majikan untuk menguruskan penghantaran pulang pekerja asing terbabit kerana tiada lanjutan PLKS selepas tarikh surat ini (7 Jun),” katanya.

Awal bulan ini, difahamkan KDN akan menyelaras satu jawatankuasa khas dipengerusikan Muhyiddin untuk mengurangkan jumlah pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tempoh masa yang diberikan kepada majikan untuk melaksanakan arahan itu dan usaha untuk mendapatkan pengesahan perkara itu daripada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali belum berhasil.

Media sebelum ini melaporkan, bagi tempoh sehingga 30 Jun tahun lalu, rekod Jabatan Imigresen menunjukkan terdapat lebih 1.7 juta pekerja asing yang memegang PLKS yang masih sah dan aktif berada di negara ini.

Daripada jumlah itu, pekerja asing dari Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 728,870 orang diikuti Nepal (405,898), Bangladesh (221,089), Myanmar (127, 705), India (114,455), Pakistan (59,281), Filipina (56,153), Vietnam (29,039), China (15,399), Thailand (12,603), Sri Lanka (5,964), Kemboja (5,103) dan Laos (39).

Menurut KDN, kebanyakan pekerja asing bekerja dalam enam sektor utama iaitu pembinaan seramai 350,740 orang, pembuatan (636,593) perkhidmatan (242,536), perladangan (261,530), pertanian (161,003), dan pembantu rumah (129,196). – BERITA HARIAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *