Home » Dunia Islam » Kedutaan AS Di Baitulmaqdis Dibuka Tahun Depan

Kedutaan AS Di Baitulmaqdis Dibuka Tahun Depan

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence berucap di rostrum Parlimen Israel.

BAITULMAQDIS: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence berikrar hari ini, negaranya akan memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke sini menjelang akhir 2019, langkah yang dibantah sekeras-kerasnya oleh Palestin.

Dalam ucapan sama daripada rostrum Parlimen Israel, Pence juga menggesa Palestin meneruskan rundingan damai yang sekian lama tertangguh dengan negara Zionis itu.

“Baitulmaqdis ialah ibu kota Israel. Justeru Presiden Trump (Donald) mengarahkan Jabatan Negara supaya sedia memulakan persiapan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Dalam beberapa minggu akan datang, pentadbiran kami akan meneruskan rancangan membuka kedutaan AS di Baitulmaqdis dan misi itu akan dibuka sebelum akhir tahun depan,” kata Pence disambut sorakan ahli parlimen Israel.

Pada permulaan ucapannya, pembuat dasar Arab Israel, berang dengan keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel 6 Disember lalu, cuba melancarkan bantahan dari dewan Knesset.

Anggota Senarai Bersama terdiri daripada pakatan parti Arab, yang berikrar memboikot ucapan Pence, mula berteriak dan memegang sepanduk bantahan ketika beliau mula berucap, namun segera diusir.

Tindakan AS mengiktiraf Baitulmaqdis menyebabkan Palestin memutuskan hubungan dengan pentadbiran Trump, namun Pence menggesa mereka kembali ke meja rundingan.

“Kami menggesa kepemimpinan Palestin kembali ke meja rundingan. Perdamaian hanya boleh dicapai menerusi dialog,” kata Pence. -BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *