Home » Langit Terbuka » Kelantan Perlu Bentang Pelan Penggunaan Wang Royalti Petroleum Kepada Rakyat

Kelantan Perlu Bentang Pelan Penggunaan Wang Royalti Petroleum Kepada Rakyat

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa berkata kerajaan negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum

TANAH MERAH – Kerajaan negeri Kelantan disaran membentangkan pelan penggunaan wang royalti petroleum kepada rakyat agar masyarakat dapat mengetahui bagaimana wang itu bakal digunakan untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa berkata kerajaan negeri harus memanfaatkan keprihatinan kerajaan persekutuan yang bersetuju menyalurkan bayaran royalti petroleum untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

“Saya telah dengar kenyataan pemimpin PAS Kelantan yang begitu ghairah mahu mendapat wang tersebut (royalti), namun saya tidak mendengar perancangan yang akan dilakukan oleh mereka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pejabat Operasi AMANAH Kawasan Parlimen Tanah Merah di sini, malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menghargai tindakan kerajaan persekutuan yang bersetuju untuk memberi royalti petroleum kepada negeri ini berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara bulan lepas. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1479948

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *