Home » Citra Yadim » Keluarga mangsa banjir disantuni YADIM Kelantan

Keluarga mangsa banjir disantuni YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Kehilangan ahli keluarga akibat bencana alam merupakan sesuatu yang amat perit untuk dihadapi. Hanya yang mengalaminya sendiri saja tahu betapa sukar untuk berhadapan dengannya.

Justeru, atas sifat prihatin dengan kejadian malang yang menimpa mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 3 Disember telah menziarahi keluarga mangsa banjir pertama di negeri ini di Felcra Teratak Batu di sini.

Rombongan YADIM diketuai Pengarah YADIM Kelantan, Mejar (B) Zaidi Abd Halim telah menemui bapa mangsa yang dikenali sebagai Hasmadi di kediamannya di sini bagi menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga tersebut.

Selain sumbangan, Zaidi juga memberikan kata kata semangat kepada Hasmadi dan keluarganya agar terus tabah menghadapi ujian ini.

Dalam satu kejadian pada 1 Disember lalu, Mohammad Ilham Hasmadi, yang berusia tujuh tahun tergelincir dan terjatuh dari titi kayu lalu dibawa arus deras ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat ikan.

Mayatnya ditemui di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh jam 8 pagi keesokannya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *