Home » Citra Yadim » Berjaya kekal Ketidakpatuhan Sifar

Berjaya kekal Ketidakpatuhan Sifar

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sekali lagi mengekalkan Ketidakpatuhan Sifar (O NCR) semasa Audit Pengawasan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.

Ia dicapai dalam sesi audit oleh AJA EQS CERTIFICATION (M) SDN. BHD pada 3 Disember, yang telah diselaraskan oleh Unit Audit dan Kualiti YADIM.

Ia merupakan kejayaan kali kedua dalam mengekalkan pencapaian ketidakpatuhan sifar bagi Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015, selepas kali pertama dicapai pada tahun 2018.

Audit kali ini melibatkan sembilan Bahagian di YADIM. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz telah mempengerusikan sesi pembukaan audit pada sebelah pagi bersama-sama pengurusan tertinggi badan dakwah ini, Pengarah Bahagian serta Duta Kualiti Bahagian YADIM.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan hasrat besar agar sesi audit ini akan memberikan penambahbaikan kepada Sistem Pengurusan Kualiti YADIM.

Nik Omar juga menekankan tiga teras utama yang diperkenalkan beliau semasa mula mula dilantik sebagai Yang Dipertua iaitu, Ubah pemikiran, Nasihat menasihati dan Operasi kehidupan yang perlu diterapkan semua kakitangan.

Audit seterusnya akan dijalankan pada tahun 2020.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *