Home » Langit Terbuka » Keluarga Palestin tembak mati pengkhianat

Keluarga Palestin tembak mati pengkhianat

Serangan udara di Rafah pada 2016 yang dipercayai hasil pendedahan Ahmed Barhoum yang menyebabkan kematian tiga pejuang Hamas. Foto : AFP/Getty Images

SATU keluarga Palestin menembak mati seorang ahli keluarga mereka yang membantu Israel mengesan dan membunuh tiga pemimpin kanan Hamas, termasuk seorang saudara lelaki berkenaan.

Keluarga lelaki itu dalam kenyataan menyatakan, Ahmed Barhoum ditembak di Rafah selepas bukti mengesahkan dia memberi maklumat kepada Israel membolehkan rejim Zionis melancarkan serangan udara ketika perang Gaza 2014.

Menurut keluarga itu selain bukti yang ditunjukkan satu kumpulan bersenjata, mereka juga mendengar pengakuan lelaki terbabit.

Dalam serangan udara pada 22 Ogos 2014 itu, sebuah rumah di selatan Gaza ranap dibedil peluru berpandu Israel menyebabkan tiga pegawai kanan Briged Qassam iaitu Brigades, Mohammed Abu Shamlah, Raed Attar dan Mohammed Barhoum terbunuh.

Selain itu, lima orang awam juga terbunuh dan kira-kira 40 lagi cedera.

Keluarga Barhoums antara keluarga terbesar di Rafah dan rapat dengan kumpulan bersenjata Palestin.

Hamas mengeluarkan kenyataan memuji tindakan keluarga terbabit manakala tentera Israel enggan mengulas.

Hamas menjatuhkan hukuman mati terhadap 109 orang, sebahagian besarnya membabitkan kesalahan menjadi tali barut Israel dengan 25 hukuman sudah dilaksanakan sejak 2007. – HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *