Home » Langit Terbuka » Keputusan buka semula tahfiz diumum tidak lama lagi

Keputusan buka semula tahfiz diumum tidak lama lagi

Maklumat kebenaran operasi pusat tahfiz akan diketahui sekitar 24 Jun ini. - Foto Arkib YADIM

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk membenarkan semula operasi institusi dan maahad tahfiz akan dimaklumkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) dalam masa terdekat.

Satu kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan pejabat JPM (Hal Ehwal Agama) sama ada sebelum atau selepas 24 Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata permohonan yang dibuat oleh Sekretariat Khas Pandemik COVID-19 Institut Tahfiz Negara sudah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Berkenaan maahad tahfiz yang memohon untuk beroperasi semula, ia telah dikemukakan dalam mesyuarat MKN.

“Kita akan cuba umumkan secepat mungkin sama ada sebelum 24 Jun atau selepasnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Integrated Holistic Education System (IHES).

Jumaat lalu, Sekretariat Khas Pandemik COVID-19 Institut Tahfiz Negara memohon semua institusi dan maahad tahfiz dibenarkan kembali beroperasi pada 24 Jun ini.

Permohonan itu dibuat menerusi memorandum yang diserahkan Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia, Manolito Mohd Dahlan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *