Home » Citra Yadim » Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid-19 Siri 2

Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid-19 Siri 2

PUTRAJAYA – Seramai 300 penerima telah menerima manfaat menerusi program Ziarah Sinar Syawal Covid-19 Siri 2 yang berlangsung pada 20 Mei hingga 6 Jun lalu.

Kesemuanya merupakan mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ini. Sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban mereka sempena sambutan Syawal.

Program anjuran Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Bahagian Penyelarasan NGO dan Strategik dan Sukarelawan Al Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kuala Lumpur ini diadakan di Flat Bandar Seri Putra, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Bandar Tun Razak, PPR Batu Muda, PPR Intan Baiduri Kepong, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa, Kuchai Lama.

Di Negeri Sembilan pula ia telah diadakan di SMK Raja Jumaat, Taman Politeknik Port Dickson, dan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *