Home » Langit Terbuka » Kerajaan akan tambah baik sistem tahfiz

Kerajaan akan tambah baik sistem tahfiz

Datuk Dr Mujahid berkata, sekolah tahfiz dianggap satu entiti yang memberi sumbangan besar pada negara

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menambah baik sistem tahfiz di negara ini dalam meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata antara langkah yang akan dilakukan kerajaan adalah memperketatkan kokurikulum berikutan banyak kokurikulum sekolah tahfiz agak bebas.

“Mereka ikut ‘style’ sendiri. Jadi Jakim sedang bekerjasama dengan Darul Quran yang dah berpengalaman berpuluh tahun.

“Kita bukanlah nak paksa tapi kita nak mereka ikut panduan supaya kurikulum itu menghasilkan pelajar-pelajar yang tak tersisih daripada arus perdana, termasuk kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja,” katanya ketika ditemui di Jakim.

Beliau juga berkata kerajaan akan memastikan guru tahfiz diberi latihan supaya mereka mendapat latihan yang baik.

Beliau berkata pelajar tahfiz yang dilahirkan juga boleh menyumbang kepada negara.

“Dari sudut ini sekolah tahfiz ini dianggap satu entiti yang memberi sumbangan besar pada negara.

“Dan model terbaik kita ada adalah Darul Quran, sebab ia bukan saja belajar tahfiz di peringkat diploma tapi juga ijazah.

“Cara dia buat kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia turut membantu supaya dia keluar nanti ada ijazah,” katanya.

Mujahid berkata kerajaan akan pastikan pelajar tahfiz tidak hanya menjadi imam tetapi berkemahiran seperti pakar dalam pertukangan, elektrikal dan sebagainya.

Selain itu, beliau meminta pengusaha tahfiz telus dan berdaftar dengan badan yang berautoriti.

“Ini supaya kita boleh mengikuti perkembangan mereka,” katanya.

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/30/kerajaan-akan-tambah-baik-sistem-tahfiz-kata-mujahid/

 

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *