Home » Langit Terbuka » Kerajaan bantu urus pengebumian Muhammad Haziq

Kerajaan bantu urus pengebumian Muhammad Haziq

Kementerian Luar berkata, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand akan memberi bantuan kepada keluarga untuk proses pengebumian Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi (gambar). - Foto Malay mail

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan remaja Malaysia Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17 yang hilang sejurus kejadian serangan bersenjata seorang pelampau kulit putih ketika sembahyang Jumaat di masjid di Chirstchurch telah meninggal dunia.

Dalam satu kenyataan, Kementerian berkata, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand akan memberi bantuan kepada keluarga untuk proses pengebumian.

“Kerajaan Malaysia dengan sepenuh hati mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa akan pergi ke Chirstchurch sebagai wakil kerajaan untuk memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian tragis tersebut,” kata kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Dalam kejadiaan Jumaat lepas bapa Muhammad Haziq, Mohd. Tarmizi Shuib, 46 turut cedera. Rakyat Malaysia lain yang cedera dalam insiden itu ialah Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39.

Dalam kejadian yang mengemparkan dunia itu kira-kira 50 orang maut selepas ditembak oleh pelampau kulit putih, Brenton Tarrant, 28 tahun.- Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *