‘Haziq mati syahid’ – Mufti Pahang

KUANTAN  – “Kematian Allahyarham Muhammad Haziq adalah tergolong dalam mati syahid akhirat kerana ia berlaku secara tiba-tiba ketika dia berada di dalam masjid. “Walaupun ia bukan syahid kerana berperang, itu tetap dikira syahid dan kita doakan dia bersama syuhada di sisi Alah SWT,” kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. Menurutnya, jenazah Muhammad […]

TH yakin kembalikan sokongan pendeposit

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) yakin dapat mengembalikan keyakinan pendeposit untuk terus mempercayai badan itu selaku pemegang amanah bagi mengurus dan menjamin simpanan serta pelaburan mereka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Fuziah Salleh berkata, menerusi pelan pemulihan komprehensif dan barisan pengurusan terbaru, TH optimis dapat kembali kepada landasan sebenar. Beliau berkata, TH […]

SAR santuni warga emas di Kebun Baharu

TELOK PANGLIMA GARANG – Skuad Al Rahmah (SAR) Kuala Langat terus giat menjalankan Program Khidmat Baktinya bersama masyarakat, dengan menyantuni sepasang warga emas di sini pada 17 Mac lalu. Seawal pagi, mereka telah berkunjung ke kediaman En Angsor bin Daroso di Jalan Pipit, Batu 9 Kebun Baharu di sini bagi melaksanakan kerja kerja kemasyarakatan mereka. […]

RM174,000 disalurkan kepada masjid, mangsa di Christchurch

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM174,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan kepada dua buah masjid dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, sumbangan berjaya dikumpul daripada pelbagai agensi di bawah jabatan berkenaan antaranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Yayasan […]

Takziah buat keluarga Muhammad Haziq

PUTRAJAYA – Seluruh warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berduka cita dan mengucapkan takziah  kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam tragedi tembakan rambang di Christchurch, Jumaat lepas. Didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang orang beriman dan diberikan kekuatan buat keluarganya menghadapi ujian ini. Kementerian Luar awal pagi ini mengesahkan bahawa Muhammad Haziq, […]

Anak muda Kelantan buktikan pesawah boleh berjaya

SERI KEMBANGAN – Bagi kebanyakan golongan muda, bidang pertanian apatah bersawah padi suatu yang jarang diminati atau menjadi pilihan kerjaya mereka. Mungkin kerjaya ini memerlukan komitmen dan kerajinan luar biasa menyebabkan ia tidak popular kepada generasi muda. Tetapi bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, mendorong seorang anak muda, Muhammad Fadhlan Suhaimi, 29, untuk berkecimpung […]

MAIWP salur RM52 juta bantu 10,847 mahasiswa

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan bantuan keseluruhan berjumlah RM52 juta kepada 10,847 mahasiswa di negara ini. MAIWP dalam kenyataan berkata, bantuan itu merangkumi Bantuan Am Pelajaran Institusi Pengajian Tinggi dan Biasiswa Baitulmal atau Insentif Khas Pelajar Cemerlang. “Bantuan itu bertujuan membantu pelajar daripada segi wang saku, yuran pembelajaran, buku […]

Solat jenazah ghaib di semua masjid

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof meminta semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib esok selepas selesai solat Jumaat untuk Allahyarham Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, Mujahid juga akan mewakili kerajaan ke Christchurch untuk menziarahi keluarga Mohd. Haziq […]

YADIM Kelantan diberi tauliah amil

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah secara rasminya diberi kebenaran mengutip zakat harta apabila diberi tauliah sebagai amil di negeri ini. Lantikan oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) itu berkuat kuasa Mac hingga 31 Disember 2019 ini, namun boleh disambung sekiranya ada pungutan zakat. Pengarah YADIM Zon […]

Kerajaan bantu urus pengebumian Muhammad Haziq

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan remaja Malaysia Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17 yang hilang sejurus kejadian serangan bersenjata seorang pelampau kulit putih ketika sembahyang Jumaat di masjid di Chirstchurch telah meninggal dunia. Dalam satu kenyataan, Kementerian berkata, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand akan memberi bantuan kepada keluarga untuk proses pengebumian. “Kerajaan Malaysia […]