Home » Langit Terbuka » Jangan tunduk desakan pengusaha kelab malam

Jangan tunduk desakan pengusaha kelab malam

Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Isma, Ustaz Ibrahim Hassan berkata, banyak kelab malam yang wujud di sekitar ibu kota, lebih kepada lubuk maksiat, yang jelas bertentangan dengan syarak. - Foto Internet

BANGI – Pihak berkuasa diingatkan tidak tunduk dengan desakan pengendali kelab malam yang menggesa supaya waktu operasi pusat-pusat hiburan dikaji semula.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Isma, Ustaz Ibrahim Hassan berkata, banyak kelab malam yang wujud di sekitar ibu kota, lebih kepada lubuk maksiat, yang jelas bertentangan dengan syarak.

“Pengusaha Kelab malam adalah golongan minoriti yang mengaut keuntungan hasil dari sumber haram. Malah, di situ bermulanya segala masalah gejala sosial yang merosakkan struktur kemasyarakatan negara.

“Itu yang terjadi apabila kepentingan minoriti dititik beratkan. Bagaimana pula dengan kepentingan syarak, mana satu yang dahulukan,” katanya kepada Ismaweb.net.

Beliau berkata demikian mengulas desakan sekumpulan pengendali kelab malam yang mahukan kerajaan mempertimbang semula waktu penutupan pusat-pusat hiburan pada jam 1 pagi.

Mereka menyifatkan, tindakan itu menyebabkan perniagaan mereka terjejas dan memberi kesan kepada ribuan pekerja, lebih-lebih lagi ramai pelanggan akan datang sekitar tengah malam.

Dalam perkara ini, Ustaz Ibrahim berkata, sebagai negara Islam, kerajaan seharusnya tidak melayan kehendak pengusaha kelab malam ini, lebih baik dirangka strategi menutup operasi pusat hiburan.

Katanya, ini selaras dengan fungsi kerajaan iaitu mendirikan agama dalam pemerintahan negara. – Ismaweb

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *