Home » Langit Terbuka » Kerajaan komited terap nilai al-Quran dalam pentadbiran

Kerajaan komited terap nilai al-Quran dalam pentadbiran

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf - Foto FMT

KOTA KINABALU – Kerajaan melalui agensi agama, komited dalam usaha menerapkan nilai-nilai al-Quran dalam pentadbiran negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata usaha melahirkan sebuah negara rahmah yang didiami ummah sejahtera dan bertamadun mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian pada penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 1441H/2020M peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di sini, pada 21 Februari.

“Anggota masyarakat bertamadun akan menghayati semangat tolong-menolong dan bantu-membantu untuk mencapai kebaikan bersama,” katanya.

Mujahid berkata, masyarakat yang bertamadun juga akan saling menyantuni antara satu sama lain.

Menurutnya tindakan kekerasan tidak meninggalkan kesan positif dalam usaha melebarkan risalah dakwah.

Justeru, beliau berkata jurang perbezaan yang wujud dari kepelbagaian bangsa dan latar belakang budaya perlu ditangani secara berhikmah. – Bernama

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *