Home » Citra Yadim » Kerjasama pintar Pusat Islam Universiti – YADIM

Kerjasama pintar Pusat Islam Universiti – YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan meletakkan operasi Rakan Siswa YADIM (RSY) di kampus kampus bawah naungan Pusat Pusat Islam Universiti seluruh negara bagi memberi nasihat dan bimbingan kepada ahlinya dalam hal ehwal kerohanian dan tarbiyah.

Usaha positif dalam menyebarluas dakwah, khususnya mengenai konsep rahmah dan Gagasan Rahmatan Lil Alamin kepada para pelajar ini dicapai dalam mesyuarat bersama YADIM dan pengarah pengarah Pusat Islam Universiti yang diadakan di ibu pejabat YADIM di sini baru baru ini.

Tujuan utama mesyuarat berkenaan adalah bagi membincangkan pelbagai bentuk kerjasama pintar antara YADIM dan Pusat Islam Universiti seluruh negara.

Ianya dipengerusikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz selain  turut dihadiri oleh Prof Madya Dr Aminuddin Ruskam selaku Pengerusi Pengarah Pusat Islam Universiti awam dan swasta, serta Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Perkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsudin Moner.

Seramai 14 orang Pengarah dan wakil Pusat Islam Universiti dari seluruh negara hadir ke mesyuarat ini.

Persetujuan juga dicapai dalam mesyuarat ini agar Pusat Islam Universiti kelak membiayai aktiviti-aktiviti RSY yang berkaitan dengan keagamaan dan kerohanian.

Mesyuarat yang julung kali diadakan ini adalah anjuran Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) -YADIM.

 

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *