Home » Langit Terbuka » Ketetapan Majlis Raja-raja Oktober Ini Akan Diangkat Sebagai Dasar Muktamad

Ketetapan Majlis Raja-raja Oktober Ini Akan Diangkat Sebagai Dasar Muktamad

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketetapan yang akan dibuat Majlis Raja-Raja, Oktober ini akan diangkat sebagai dasar muktamad untuk isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.

Beliau berkata isu berkait keputusan kerajaan dalam kes Jill Ireland itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, katanya ketika sesi menghadap, baginda antara lain bersetuju membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam MKI, Ogos ini sebelum ia diangkat untuk pertimbangan dan penelitian Majlis Raja-Raja.

“Saya (juga) telah menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan yang menghormati undang-undang di setiap negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri serta peranan Majlis Raja-Raja di peringkat Persekutuan.”

“Selepas berbincang dengan Sultan Selangor, saya menghormati pandangan baginda yang selari keputusan Jemaah Menteri Mei lepas, bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan diperjelaskan kepada MKI yang berperanan menasihati Majlis Raja-Raja,” katanya.

Dalam sesi menghadap itu, Anwar berkata beliau turut sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang mengehadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.– AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *