Home » Langit Terbuka » Ketua kumpulan Daish di Afghanistan terbunuh

Ketua kumpulan Daish di Afghanistan terbunuh

KABUL 9 Mei – Ketua kumpulan Daish di Afghanistan, dipercayai dalang di sebalik beberapa serangan berprofil tinggi termasuk di hospital tentera yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa, maut dalam operasi tentera.

Abdul Hasib, yang kumpulannya bersekutu dengan Daish di Iraq dan Syria terbunuh bulan lalu dalam sebuan pasukan khas di wilayah Nangarhar, kata jurucakap Presiden Ashraf Ghani dalam satu kenyataan di Kabul.

“Dia mengarahkan serangan ke atas hospital di Kabul yang menyebabkan puluhan orang maut dan cedera.

“Kerajaan Afghanistan komited meneruskan operasi melawan Daish dan kumpulan pengganas lain sehingga mereka dihapuskan,” katanya.

Komander NATO di Afghanistan, Jeneral John Nicholson mengesahkan kematian Abdul Hasib dan memberi amaran anggota Daish lain yang datang ke Afghanistan akan mengalami nasib sama.

Pertama kali muncul pada 2015, sekutu Daish di Afghanistan menakluki sebahagian besar wilayah Nangarhar dan Kunar yang terletak berhampiran sempadan Pakistan, tetapi peranan mereka dalam konflik di negara itu tidak sebesar Taliban.

Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa siri serangan berdarah, termasuk di hospital tentera di Afghanistan Mac lalu, apabila lelaki bersenjata menyamar sebagai doktor menyerbu bangunan itu dan melemparkan bom tangan ke arah wad yang sesak.- Harian Metro

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *