Home » Citra Yadim » Program Raudhah Felda meriah

Program Raudhah Felda meriah

SUNGAI PETANI 9 Mei – Pada 5 Mei lalu telah berlangsung Program Raudhah di Felda@Street Da`wah berlangsung di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah anjuran bersama oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Felda Wilayah Utara, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Pusat Khidmat ADUN Sungai Tiang.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah, Masjid Al-Falah Sungai Tiang, Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

Program yang bermula pada jam 8 pagi ini dimulakan dengan perkhidmatan kaunter bergerak seperti Klinik Kesihatan yang dikendalikan Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Perkhidmatan Cuci emas Ar-Rahnu YaPEIM, pendataran pemilih oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR), Kaunter Lembaga Zakat Negeri Kedah, dan kaunter pemeriksaan motorsikal tanpa geran dan bayaran cukai jalan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengurus FELDA Sungai Tiang, Azizan Ahmad, dan disusuli denganprogram Sembang Dakwah dan Motivasi Kekeluargaan yang disampaikan oleh Ustaz Subhi Asha`ri.

Sepanjang program ini diadakan pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak yang diadakan pada sebelah pagi dengan melibatkan 120 kanak-kanak dari sekitar Sungai Tiang.

Turut berlangsung pada sebelah pagi ialah pertandingan memasak kerabu dan pertandingan gubahan sejadah wanita.

Sesi tazkirah sebelum Solat Jumaat dan Khutbah Jumaat juga disampaikan oleh pihak Lembaga Zakat Negeri Keda bertujuan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada jemaah berkaitan zakat.

Selesai Solat Jumaat, program Ziarah Kasih Asnaf yang diketuai kakitangan YADIM dan disertai oleh wakil YaPEIM dan Lembaga Zakat Negeri Kedah yang menaja sumbangan cenderahati kepada pihak asnaf yang terlibat.

Pada sebelah petang berlangsungnya program sukaneka rakyat serta gotong royong kenduri rakyat.

Pada sebelah malam, telah berlangsungnya kenduri dan  Malam Cinta Ilmu yang dipengerusikan oleh Pencetus Ummah Azraie, dan ahli panel terlibat ialah Ustaz Lutfi Amir Al-Hafiz dan Ustaz Wan Hizam Abdullah.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *