Home » Langit Terbuka » Kiswa baru sudah siap

Kiswa baru sudah siap

Kiswa lama akan digantikan dengan yang baru pada pagi 9 Dzhulhijjah di bawah pengawasan Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais - MalaysiaGazette

MAKKAH – Kiswa baru (kain hitam yang menutupi Kaabah) untuk tahun 1439 Hijriah sudah siap.

Seperti biasa, Kiswa lama akan digantikan dengan yang baru pada pagi 9 Dzhulhijjah di bawah pengawasan Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.

Beberapa hari yang lalu, Kiswa yang digunakan sekarang telah dilipat setinggi tiga meter dan bahagian yang dilipat dari Kiswa pula diliputi dengan kain putih.

Ketua Pengarah Kompleks Raja Abdul Aziz untuk Kiswa Kaabah, Ahmad Al-Mansouri berkata, Kiswa itu dilipat untuk memastikan ia bersih dan tidak dirosakkan memandangkan ada segelintir jemaah cuba menyentuhnya atau memotong potongan sebahagian kain untuk dibawa bersama mereka sebagai cenderahati. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *