Home » Langit Terbuka » KLFW 2022: BERFESYEN JANGAN SAMPAI PERSENDA AGAMA – IDRIS AHMAD

KLFW 2022: BERFESYEN JANGAN SAMPAI PERSENDA AGAMA – IDRIS AHMAD

enampilan individu seolah-olah mempersendakan agama menerusi pemakaiannya sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW). - Foto Arkib

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menegaskan masyarakat untuk tidak memainkan serta membuat provokasi terhadap agama Islam.

Beliau memberi reaksi berhubung penampilan individu seolah-olah mempersendakan agama menerusi pemakaiannya sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di ibu negara, baru-baru ini.

Ujarnya, setiap rakyat berhak menganuti agama masing-masing untuk mencapai kedamaian dan perpaduan yang utuh namun perlu menjaga sensitiviti agama lain.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung.

“Individu tersebut perlu diberikan hukuman agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya semasa ditemui Wartawan Berita AlHijrah.

Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki berbangsa Cina memakai songkok dan memakai baju separa bogel semasa KLFW 2022 di ibu kota.

Tindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu.–AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *