Home » Citra Yadim » Komuniti Gurun disantuni YADIM Kedah

Komuniti Gurun disantuni YADIM Kedah

GURUN – Pelbagai golongan komuniti yang memerlukan di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Ogos menerusi pemberian barangan keperluan harian.

Sebanyak tujuh keluarga, terdiri daripada pesakit kanser, pemohon TeleBantuan, asnaf dan mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan dari Kampung Sungai Rotan, Kampung Batu 5 dan Padang Lembu di santuni YADIM Kedah.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Guar Stesen, Ustaz Rosli Ahmad dan Timbalan Pengerusi Sukarelawan YADIM Jerai, Md Shukri Sawai.

Artikel Berkaitan

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *