Home » Langit Terbuka » Kouta haji 2019 kekal 30,200 orang

Kouta haji 2019 kekal 30,200 orang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, pihaknya telah mengemukakan permohonan agar kouta haji negara ditambah memandangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia kini sebanyak 31 juta - Foto Bernama

SEPANG – Kouta haji untuk musim tahun depan kekal sebanyak 30,200 jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, namun pihaknya telah mengemukakan permohonan agar kouta haji itu ditambah memandangkan jumlah penduduk rakyat Malaysia kini meningkat sebanyak 31 juta.

“Perkara itu saya maklumkan dalam kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi sewaktu dalam Mesyuarat Tahunan Menteri-Menteri Haji yang berlangsung di Jeddah semalam.

“Sekiranya jumlah pertambahan penduduk Malaysia itu diambil kira, kita sepatutnya dapat kouta 31,200 jemaah,” katanya dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada masa sama, Mujahid menambah, kelancaran Program Pra Pelepasan Haji yang dilaksanakan di Malaysia tahun ini akan diambil kira Arab Saudi untuk meneruskan inisiatif itu pada musim haji 2019.

Mujahid sekali lagi memaklumkan, kos menunaikan haji tahun depan masih kekal seperti mana pada sebelum ini iaitu RM9,980. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *