Home » Citra Yadim » Program Pengurusan Jenazah untuk pembantu makmal

Program Pengurusan Jenazah untuk pembantu makmal

PORT DICKSON – Pasukan Sukarelawan Al Falah (SAF) Negeri Sembilan baru baru ini telah menganjurkan Program Pengurusan Jenazah, Kelab Sains dan Inovasi Daerah Port Dikson pada 29 November lalu di sini.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson itu telah disertai oleh seramai 60 orang peserta, yang terdiri daripada pembantu makmal sekolah sekolah sekitar kawasan ini.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komuniti dan Masyarakat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Shahrizal Mat turut hadir dan merasmikan program yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin di sini.

Pesuruhjaya SAF Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Latif Mohd Yunos telah bertindak sebagai tenaga pengajar dalam program ini.

Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang cara cara pengurusan jenazah yang betul serta langkah langkah yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi kematian.

SAF adalah badan beruniform YADIM yang menjalankan kerja kerja kemasyarakatan serta khidmat sosial.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *