Home » Langit Terbuka » KPM disaran tambah baik kurikulum pendidikan agama, moral

KPM disaran tambah baik kurikulum pendidikan agama, moral

Mufti Pulau Pinang dalam isu baru baru ini menegaskan, adalah tidak wajar menuding jari kepada mana-mana pihak dalam isu buli kerana tanggungjawab dalam pendidikan moral atau akhlak perlu dipikul bersama oleh ibu bapa, sekolah, masyarakat dan termasuk juga pihak media. - Foto Ismaweb

GEORGE TOWN  – Kejadian buli yang berlaku dalam kalangan pelajar membuktikan kurikulum pendidikan agama dan moral yang diterapkan di sekolah mungkin kurang berkesan dalam membentuk sahsiah pelajar.

Pandangan berkenaan disuarakan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd. Noor berikutan kes buli membabitkan pelajar semakin berleluasa.

“Tidak syak lagi ini berkait rapat dengan ketandusan nilai akhlak dan kepincangan adab kesopanan dalam kalangan sebahagian pelajar.

“Penyelesaian segera perlu dilakukan oleh pihak berwajib terutama Kementerian Pendidikan.

“Gejala ini menunjukkan hakikat bahawa kurikulum pendidikan agama dan moral yang digunakan di sekolah-sekolah kebangsaan selama ini gagal atau kurang berkesan dalam pembentukan sahsiah para pelajar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan ibu bapa patut dipertanggungjawabkan kerana menyerahkan pendidikan moral anak-anak sepenuhnya kepada sekolah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan adalah tidak wajar menuding jari kepada mana-mana pihak dalam isu buli kerana tanggungjawab dalam pendidikan moral atau akhlak perlu dipikul bersama oleh ibu bapa, sekolah, masyarakat dan termasuk juga pihak media.

Sebelum ini, tular video mengenai kejadian buli membabitkan pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.

Terbaharu, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara, MRSM yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli berkenaan.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa serta merta.

Keputusan penamatan pengajian itu dibuat berdasarkan garis panduan yang telah dinyatakan dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *