Home » Langit Terbuka » KPM minta Jakim beri pandangan

KPM minta Jakim beri pandangan

JAKIM sekadar memberi pandangan dalam isu perayaan Ponggal, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto MalaysiaKini

PUTRAJAYA- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya memberi pandangan mengenai etika seorang Muslim untuk menghadiri sambutan perayaan Ponggal kerana diminta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, JAKIM tidak pernah mengharamkan mana-mana perayaan cuma seseorang Muslim mempunyai etika yang perlu dipatuhi mengikut landasan agama Islam ketika meraikan atau menghormati perayaan agama lain.

“Sebagai seorang Islam, kita terikat dengan etika ketika menghadiri majlis penganut lain sama ada ianya bersifat ritual atau tidak.

“Tidak timbul soal kami mengharamkan pesta Ponggal,” tegasnya semasa sidang media selepas menerima cek berjumlah RM100 juta daripada Kementerian Kewangan untuk kegunaan sekolah agama, sekolah tahfiz dan sekolah pondok di sini pada 15 Januari.

“Kami menyerahkan kepada KPM dengan cara terbaik supaya mereka boleh memberi penjelasan kepada orang ramai atau yang lebih tepat adalah pihak yang terlibat iaitu orang Islam dan bukannya Cina atau India,” katanya lagi.

Sebelum ini, sepucuk surat KPM bernombor rujukan KPM. 100-1/3/2 (64) bertarikh 13 Januari 2020 telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak kerana kementerian tersebut diatas nasihat JAKIM telah mengharamkan murid Islam menghadiri Pesta Ponggal.- MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *